Mateen turn 1

 Dear anakku Noah Mateen,


Hari ni hari ulang tahun kamu yang pertama. 6 Mei 2021 tahun bermakna untuk mama. Tahun lahirnya seorang lelaki yang tak pernah mama sayang sekuat hati mama. Tahun pertama kalinya mama menjadi seorang ibu. Tahun bermulanya mama menjadi seorang insan yang sentiasa belajar bagaimana untuk menjadi seorang ibu. Mungkin terlalu cliche untuk semua orang dan mama rasa semua orang juga akan rasa keterujaan yang sama bila anak mereka ke usia satu tahun. Begitu juga mama. Begitu juga ibu-ibu yang lain. Begitu juga ibu-ibu diseluruh pelosok dunia ni. Betapa bermaknanya tahun pertama ni. Apatah lagi perempuan yang pertama kali menjadi seorang ibu.


Mateen,


Mama masih belajar cara yang terbaik untuk besarkan kamu. Dari semua aspek. Mental & fizikal kamu semua mama titik beratkan. Mama sentiasa belajar supaya mama tak salah dalam membesarkan kamu dan mendidik kamu. Mama terlalu takut untuk ambil sambil lewa atas amanah yang Tuhan dah beri pada mama. Maafkan kesilapan mama. Banyak kurang dari lebih dalam tahun pertama kamu membesar. Kalau mama boleh putarkan waktu. Banyak lagi silap yang mama nak betulkan semasa membesarkan kamu. Mama ingin jadi ibu yang terbaik untuk kamu. Maaf sayang mama tak dapat tatap anak mama membesar 24/7 sebab mama bekerja. Mama kerja untuk simpanan kamu bila dah besar. Mama memang tak jamin hidup yang senang mahupun mewah untuk kamu tapi mama akan pasti masa depan kamu lebih mudah. 


Mama rela sayang berhempas pulas demi sedikit kesenangan kita bersama. Mama sanggup berkorban apa saja untuk kamu. Mama kuat semangat untuk sambung degree untuk anak mama. Mateen lah penguat mama. Mama buat semuanya untuk anak mama. Mateen nak tahu. Mama sanggup tulikan telinga mama bila ramai persendakan, jadikan bahan lawak bila mama breastfeed kamu. Alhamdulillah. Setahun juga Mateen minum susu mama. Stock susu frozen pun dah tinggal sikit. Maaf sayang tak sampai 2 tahun susukan kamu. Semua khilaf mama. Terlalu awal mama berhenti. 


Mama tak sangka sayang. Kamu dah setahun. Sekejap sangat anak mama besar. Sekejap sangat. Macam baru semalam mama jadi ibu. Mama tak pernah berkira dalam membesarkan kamu sayang. Betapa istimewanya kamu di hati mama. Di hati semua orang. Tahun ni mama sambut birthday kamu special sayang. Mungkin Mateen tak kan ingat semua tu tapi kenangan tu akan ada dalam ingatan mama sampai bila-bila. Mama nak Mateen ingat. Berapa pun usia Mateen lepas ni. Ia tetap sangat bermakna untuk mama dan papa. Walaupun tak ada sambutan yang meriah. Meski sampai bila pun usia Mateen, mama tetap nantikan selalu.


Doa mama selalu mama kirimkan disetiap langkah kamu dan tak akan terputus walau apa pun terjadi. Meski dalam hati kamu ada insan lain yang kamu sayang kelak. Di hati mama tetap tersemat nama kamu. Doa mama hanya untuk kamu. Mama nak Mateen tahu. Semua sayangkan Mateen. Mama, papa & semua seluruh keluarga kita sayang Mateen. Jadi anak yang soleh sayang. Jadi insan yang menyenangkan semua orang disekeliling kita. Biar kita disayangi. Biar kita mati nanti kita meninggalkan nama. 


Sayang mama ❤️